Posts

Myself (Part 2)

Image
Assalammualaikum. Hai semua akhirnya aku ada juga sedikit masa untuk sambung Part 1 tahun lepas. Fuh, agak lama jugakkan nak tunggu sambungannya? Well, sambungan ni aku nak ceritakan pasal zaman sekolah menengah pulak.  Okay, guys. Ready? Hehehe. Bermula 2008 ketika aku di Tingkatan 1. Weh I tell you , dulu aku memang noob gila. Dahlah tak cantik, tak ikut trend , skema, nerd dan sebagainya. Tak sanggup nak describe benda yang buruk-buruk pasal aku HAHAHA! Adik aku yang kedua terakhir cakap, dia masih ingat lagi 1st day aku pergi sekolah pakai kasut sekolah yang jenis lekat-lekat tu. Nampaklah nerd dia sebab aku ni jenis pakai je apa yang ayah belikan. Dulu budak yang up sikit pakai kasut tali. Kasut Warrior tapak merah tu dulu paling famous ! Masa ni aku tak terpilih jadi pengawas, then sajalah apply nak jadi pustakawan. Dapat! Masa jadi pustakawan aku kenal dengan sorang senior ni. Nama dia Hafiz Masri. Ketua pustakawan kat SMKTTJ masa batch aku dulu. Dia punya

Myself

Image
Assalammualaikum. Hai kini aku berblog balik sebab tiba-tiba aku rindu sangat nak menulis, plus mengarut entah apa-apa. Alhamdulillah, dah 2016 makanya umur aku semakin meningkat dan ya banyak liku serta halangan mungkin aku dah lalui.  Dua satu. Umur Hajar Haziqah ke tu? Yelah... Umur aku. Sepanjang 21 tahun hidup Ya Allah anak Abdul Halil dan Zabedah ni dah beso rupanya. Sebenarnya tadi idea aku melimpah ruah nak tulis pasal diri sendiri, ni tetiba blank pulak dah kenapa? Oh, dah 3.24 AM! Okay tak boleh nak tidur. Nak buat macam mana. Sekarang rasa nak tulis sedikit kenangan pahit dan manis dah 21 tahun bernyawa. Ni umur aku masa 7 ke 8 bulan kot. Comel tak? Hehe Yang ni lak dah besar gedabak, mungkin masa ni 2 tahun. Aku, 4 tahun. Angah, 3 tahun. Jyeah! Dalam lingkungan sampai 4 tahun ni, aku tak ingat apa-apa kenangan pun. Masa tu sel otak tak berapa nak berhubung sangat huhu. Masa umur aku 5 tahun, aku cuma ingat ayah dah mula ajar aku membaca.

KOSONG

Image
Sometimes, I feel so empty inside. Entahlah. Aku pun tak tahu kat mana yang terkurang. Mungkin banyak sangat dosa tak. Yes, I admit it. Kita ni cuma makhluk Tuhan yang penuh dengan dosa je. Tiba-tiba malam ni aku rindu sangat dengan kengkawan aku yang selalu bagi nasihat dan secara tak langsung menyedarkan aku untuk berpijak di dunia yang nyata. Takut nak membesar kerana tak berani nak lalui cabaran apa lagi yang bakal kita tempuhi nanti.  Malam ni sepatutnya nak update entry pasal pergi trip to Indonesia hari tu. Tapi, aku rasa nak luahkan perasaan apa yang aku rasa sekarang ni je. Penat tahu nak jaga perasaan sendiri? Nak telan apa yang orang cakap pasal kita. Rindu zaman kanak-kanak. Yang selalu rasa innocent je. Bila buat salah, tapi tak pernah rasa bersalah. I miss that moment so much!  Makin membesar makin ramailah kan orang yang kita jumpa. Especially, the person that you think so special in your heart. Aku ni memang jenis selalu berbunga-bunga bila orang tu b

I'm Homie

Image
Assalammualaikum. Yezzaaa tak berhabuk sangatlah blog Si Hajar ni. Baru kena tinggal lima bulan. Banyaklah sangat-sangat nak cerita daripada Kedah ke Indonesia. Indonesia ke Pulau Pinang. So, kena bahagikan kepada berapa part ya? Hewhewhew.  Finally, I'm home! Dalam lima bulan jugalah tak balik rumah. Rindu tu tak payah cakaplah memang rindulah tersangat. Sampai satu masa tu roommate di buai mimpi, aku sesorang menangis sebab first , rindu. Second , penat sangat menghadap assignment group. Third , dah duduk give up semacam je dengan aktiviti dalam UUM tu. Last paper masa tu subjek Mandarin Language, exam mula pukul 2.30 pm, tamat pukul 5 pm dan aku habiskan dalam 3.50 pm dah ciao keluar hall. Sebab senang ke excited nak balik? Hekhekhek. Moga dapat 4.00 subjek Mandarin ni. Aamiin... Okay mak cik muka bahagia nak balik rumah! Dahlah kena balik sesorang jalan kaki sebab yang lain balik lagi awal. Paper Mandarin senang kan. Hehehe. Yayyy dah sampai Termin

Freshie High School (UUM)

Image
Assalammualaikum. Hai hai! Huwaaaaa... Berhabuk lagi blog mak cik ni lagi! Masa kat rumah ni lah ada masa nak menaip, nak berfikir karang ayat apa. Kat U kita fikir assignment, quiz, exam (ulang 3 kali, hahaha). Baiklah, malam ni nak cerita pasal tempat kedua selepas rumah. Kehidupan universiti awak semua.... Bila cerita pasal student life , mesti ada problem. And student macam aku ni, bila rasa stress belajar, terus jerit "aku nak kawin!" Dia tak tahu hidup lepas nikah lagi beronak duri. Hehehe.  So, cerita dia macam ni. For the first time melangkah ke alam universiti. Auntie, kakak dan abang saudara semua excited semacam nak hantar aku ke UUM. Yelah, orang cakap UUM ni universiti paling terbesar di Malaysia. Tak cerita lagi rasa evergreen je duduk dalam tu. 1st week tu macam biasalah. Tak pernah lari minggu orientasi ni. Masam mencuka muka masing-masing kalah asam jeruk bila waktu pagi tu. Nak kena berebut bilik air satu masalah. Masuk U mesti banyak aktiviti

Cerita Tiga Bulan di KMPk

Image
Assalammualaikum...... Hmmm, nampaknya dah lama aku tak update blog ni kan. Selama tiga bulan berada di Matrik Perak, internet macam tak tersentuh langsung pun. Alhamdulillah, life kat sana sangat seronok dan aku bersyukur sangat sebab mempunyai roommates dan classmates yang sangat baik, memahami aku di kala aku tengah bersedih. Banyak momen yang terindah sehingga kami ketawa terbahak-bahak apabila mengenangkan peristiwa itu semula. Ni lah momen masa aku pergi Ipoh International Run. Sangat penat, tapi seronok. Yelah, kena lari 7 km. Tak lari pun, cuma ber-jogging je. Hihi, pulak dah. Alasan semata-mata. Best jugak jalan-jalan kat pekan Ipoh tu. Then, inilah nombor lariannya! Amacam? Cantik tak nombor ni. Memandangkan aku lahir pada tahun 1995, so dapatlah nombor belakang tu 95. Hihi, yang sedihnya nombor ni dah tercicir. Sedih sangat.... Lepas tu, kitaorang posing-posing sikit kat Stadium Ipoh ni. Rugi tak ambil gambar tau. Dahlah terpaksa bangun 3 pagi semata-

Momen Terakhir di Alam Persekolahan

Image
Assalamualaikum... Today, aku nak ceritakan peristiwa 21 Mac 2013. Takkan aku lupakan sampai bila-bila. Hari yang menentukan students SMK TTJ mengetahui keputusan SPM mereka masing-masing. Okey! Beginilah ceritanya.... Sampai sahaja kat perkarangan sekolah dalam pukul 10 lebih gitu, kita orang tak boleh masuk sekolah. Kenalah tunggu kat luar sekolah kerana khabarnya gate buka pukul 12. Phewww. Bahang, panas dan sebagainya tidaklah aku rasa. Kencangan jantung mengatasi segalanya. Ceh Wah! Poyo! Tik tok tik tok masa berjalan. Akhirnya semua berpusu-pusu masuk ke sekolah. "Selamat Datang ke SMK Taman Tuanku Ja'afar". Cikgu yang jadi pengacara tu mengalu-alukan kedatangan kami.  Ya Allah, nervous tu mcm terasa nak pengsan je. Bunyi degupan jantung tu beribu batu jauh orang lain boleh dengar. Hihi. Impossible! Lepas tu nampak Puan Jarayah Jais merangkap guru kelas aku masa Form 5 dulu. Terus peluk dia. Rindu. "Bagi pelajar yang namanya disebut, sila hubungi