Myself

Assalammualaikum.

Hai kini aku berblog balik sebab tiba-tiba aku rindu sangat nak menulis, plus mengarut entah apa-apa. Alhamdulillah, dah 2016 makanya umur aku semakin meningkat dan ya banyak liku serta halangan mungkin aku dah lalui. 

Dua satu. Umur Hajar Haziqah ke tu? Yelah... Umur aku. Sepanjang 21 tahun hidup Ya Allah anak Abdul Halil dan Zabedah ni dah beso rupanya. Sebenarnya tadi idea aku melimpah ruah nak tulis pasal diri sendiri, ni tetiba blank pulak dah kenapa? Oh, dah 3.24 AM! Okay tak boleh nak tidur. Nak buat macam mana. Sekarang rasa nak tulis sedikit kenangan pahit dan manis dah 21 tahun bernyawa.

Ni umur aku masa 7 ke 8 bulan kot. Comel tak? Hehe

Yang ni lak dah besar gedabak, mungkin masa ni 2 tahun.

Aku, 4 tahun. Angah, 3 tahun.

Jyeah! Dalam lingkungan sampai 4 tahun ni, aku tak ingat apa-apa kenangan pun. Masa tu sel otak tak berapa nak berhubung sangat huhu.

Masa umur aku 5 tahun, aku cuma ingat ayah dah mula ajar aku membaca. Aku belajar huruf dan mengeja daripada buku Bacalah Anakku. Seriously talk, buku tu memang the best! Sampai aku lancar membaca lah dan petah berbicara. Umur 6 tahun, tahun 2001 kot. Ayah baru nak hantar aku ke sekolah tadika. Kat sekolah tadika tu, aku ni jenis dengar cakap cikgu dan aku pantang betul bersaing. Aku suka masuk pertandingan, umur 6 tahun dah masuk English Speaking. Daebak! (puji diri sendiri sikit apa salahnya). Aku ingat lagi masa tu masuk pertandingan mewarna, dapat johan. Pandai gak lah aku mewarna kehkeh umi kat luar dok kecoh "kakak, rumput tu kaler kuning. Tekan sikit kaler, jangan pudar je warna and blablabla, hahaha!" Yang paling tak sangka, aku dapat pelajar paling kemas dan bersih okay. Dengan pakai uniform skirt pendek tu. Sampai lah aku darjah 2. Darjah 3 aku tanya umi, "umi kawan kakak yang melayu pakai baju kurung. Yang pakai skirt tu India dengan Cina je". Lastly, darjah 3 aku pakai baju kurung HAHAHA! 

Ada lagi cerita kelakar. Masa tadika, aku pun tak sangka ada orang crush kat aku bhahaha! Nama dia Nazri (tak lupa hokay nama dia!) Okay Nazri ni pernah lah ada satu hari tu dia jumpa aku masa tu nak waktu rehat. Dia kata, "Haziqah, saya suka kat awak. Saya nak kawin dengan awak nanti." Omgeee aku terus tutup muka eceh malu kucing. Aku memang pemalu dan pendiam sikit. Tapi kalau orang kenal aku dengan rapat, ya aku kaki pungpang dan kecoh hihi. Haaa masa tu aku terus lari kat Cikgu sambil tercungap-cungap kau. "Cikguuuu, Nazri suka saya. Dia cakap nak kawin dengan saya." Cikgu tergelak then buat muka serius tetiba. Dia datang kat Nazri, amik kau kena cubit! dah kena cubit pastu kena paksa lak minum susu wakakakaka!

2002, aku pindah rumah dan pindah sekolah. Bye kawan-kawan seperjuangan sekolah tadika dan sekolah rendah kejap masa darjah 1. Sekarang diaorang tinggi macam model dan cantik kay! Aku rasa insecure gilaaaa haha! Najwa, Adilah dan Farah. Rapat dengan diaorang ni hmm sekarang dah lost contact. Aku rasa diorang dah kawin kot. Lama gila tak jumpa. Rindu weh. Rindu.

Macam biasa lah pindah sekolah, aku ni pun tamak tau nak join itu ini. Sebab mungkin aku suka naik pentas hewhewhew. Aku dalam kelas not bad lah. Darjah 1-3 muka top 5 dalam kelas bila dapat results exam hehe. Darjah 3 ada pernah sekali dapat mata pelajaran terbaik dalam B.Melayu. Terbaik lah dapat 100% kan! masa darjah 3 ni, pengawas sekolah dipilih ikut siapa pandai dalam setiap kelas dulu. Bila nama aku kena panggil, "Hajar Haziqah, awak nak jadi pengawas tak?" Aku boleh jawab tak weh. Tak nak! Hahaha bendul gak aku ni sebab aku risau umi marah aku jadi pengawas. Aku terus jawab tak nak tanpa berfikir panjang. Lol! 

2005, darjah 4. Aku dapat naik kelas. Kelas no. 2 daripada kelas no. 4. Tahun tu hmmm tahun tu paling hancusss bagi aku. Sebab aku dah mula suka suka kat lelaki. Nama dia Haziq Basyar. kakak Haziq tu pulak kakak angkat aku. dulu masa sekolah rendah ramai sangat lah nak jadikan aku adik angkat. Aku layan je ;') Then, bila dapat keputusan ke laut... Rasa bodoh sangat hahaha sampai darjah 5 terus turun kelas no. 3. 

Darjah 5 aku mula rasa bermotivasi balik. yelah aku femes kot tahun sebelum tu, masa darjah 4 tu kira zaman kemunduran aku lah. KAKAHKAH. Tahun tu aku up balik. Join banyak aktiviti. Dan aku jadi Pengawas Pusat Sumber. Aku ni suka membaca gak dulu. Dapat anugerah NILAM kot. Emas lagi. Sebab dulu bila aku dapat keputusan yang baik umi selalu bagi present buku. Budak sekarang? Nak smartphone gaissss! Masa ni aku suka subjek Penulisan. Cikgu dia garang. Nama dia Puan Rahimah, dia lah cikgu BM paling aku sayang, cikgu bola jaring aku gak dulu. Aku selalu dapat gak penulisan ni anugerah mata pelajaran terbaik. Selalu bersaing dengan anak dia Raihan. Biasanya dalam kelas kalau aku dapat 95%, dia 93%. Kita orang jelah yg monopoli subjek ni dulu HAHAHA. Sampai darjah 6 asyik bersaing je aduh! 

2007, tahun UPSR. Masa ni aku terus loncat kelas pertama. Ya Rabb, baru aku tahu pandai-pandai gila budak ni, susah nak dapat top 10. seriouslyyyy! Fuhhhh. Masa tu aku dilantik jadi Ketua Pustakawan. Aku pun terkejut haha yelah aku ni dahlah comel tapi cikgu cakap aku ni garang dan pandai buat kerja. Cewahhh! Jeng jeng jeng. Aku pernah jatuh hati dengan Ketua Pengawas weh! Satu kelas masa darjah 6. Nama dia Kamarul Hazizy. Budak aku assume pandai gak kat kelas dulu. Terer Math dan Science! Aku suka tengok dia senyum. Mata dia. Warna brown awhhh HAHAHA. Sekarang ada je Insta & Twitter dia. Tapi aku dah suka orang lain dah. Negeri dia ada penyu hihi. 

Untuk pengakhiran cerita ni, UPSR aku dulu dapat 4A1B. B tu math! Aku tak suka subjek matematik gak dulu. Masuk matrik aku suka gila gila! Aihhhh. Belajar kena ada skills baru lah power! Kena terapkan minat gak. Tak minat kena suka gak. Kita hidup ni, tak minat tak suka tolak ke tepi. Yang penting kau kena belajar dan ambik tahu! Kumpul sebanyak ilmu mana yang boleh sebab ilmu tak pernah habis. Okay reader(s). Dah 4.35 AM. Kepala aku dah melayang semacam. Nak tidur! 

Part 2, kita sambung next entries. Pasal sekolah menengah pulak. Haaaa! Zaman tok kadok mencabar tahap 3. Nanti kita cerita. Bye...



GOOD NIGHT!

Comments

Popular posts from this blog

I'm Homie

Myself (Part 2)

My Life as Babysitter