Cerita Tiga Bulan di KMPk

Assalammualaikum......

Hmmm, nampaknya dah lama aku tak update blog ni kan. Selama tiga bulan berada di Matrik Perak, internet macam tak tersentuh langsung pun. Alhamdulillah, life kat sana sangat seronok dan aku bersyukur sangat sebab mempunyai roommates dan classmates yang sangat baik, memahami aku di kala aku tengah bersedih.

Banyak momen yang terindah sehingga kami ketawa terbahak-bahak apabila mengenangkan peristiwa itu semula.



Ni lah momen masa aku pergi Ipoh International Run. Sangat penat, tapi seronok. Yelah, kena lari 7 km. Tak lari pun, cuma ber-jogging je. Hihi, pulak dah. Alasan semata-mata. Best jugak jalan-jalan kat pekan Ipoh tu.



Then, inilah nombor lariannya! Amacam? Cantik tak nombor ni. Memandangkan aku lahir pada tahun 1995, so dapatlah nombor belakang tu 95. Hihi, yang sedihnya nombor ni dah tercicir. Sedih sangat....




Lepas tu, kitaorang posing-posing sikit kat Stadium Ipoh ni. Rugi tak ambil gambar tau. Dahlah terpaksa bangun 3 pagi semata-mata nak join acara ni je. Cehhh, terpaksa konon. Kemain excited lagi ada lah. 





Hari silih berganti. Ramadhan pun telah tiba. Masing-masing excited nak puasa. Actually, diaorang tak sabar nak tunggu bulan Syawal. Al-maklumlah, ada yang tinggal nun Kelantan, Terengganu, Perlis tu tak pernah balik rumah lagi. Mesti dah rindu ahli keluarganya tahap kritikal. Cehhwahh! Tinggal kek Negeri Sembilan aje. Makan masa tiga jam nak sampai ke Perak. Kalau nak balik rumah banyak kali pun takde hal lah. *devil smile*  Dan inilah keseronokan di bulan puasa! Semua student happy dalam lecturer hall sebab masing-masing dah tak sabar nak beli juadah untuk berbuka kat Bazaar. Dua hari sebelum cuti sem pertama, pihak Matrikulasi ada buat majlis iftar. See, see kitaorang yang comey loteh tu. Gadis Melayu terakhir, hihihi. Terima Kasih Ya Allah atas rezeki yang Kau berikan kepada kami. Nikmatnya.




Selepas sahaja selesai majlis iftar tu, aku dan Ella terus pergi Masjid Maghfirah kat KMPk tu. Kitaorang terus solat maghrib dan join terawih sekali. Seronoknya buat ibadah. Rasa sangat tenang. Semoga aku bakal menjadi muslimah yang disayangi oleh Allah dan bakal menjadi anak serta isteri yang solehah. Mudah-mudahan Ya Allah. Ameen.






Finally, pada hari Jumaat iaitu hari tu kami semua akan pulang ke rumah. Yeaaayyy! So, kami mengambil kesempatan untuk buat sesi bergambar. Hehehe! Tergugat you melihat wajah rommates aku yang cantik ni. Dan dah nampak ketembaman di pipi aku tu. Orang bulan puasa makin kurus, ni makin gemuk adalah. Ish, ish, ish..... Cubaan hidup betul. Nafsu makan kuat. *sigh*  Jadi, kawan-kawan semua..... Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! 






Comments

Popular posts from this blog

I'm Homie

Myself (Part 2)

My Life as Babysitter