Momen Terakhir di Alam Persekolahan

Assalamualaikum...

Today, aku nak ceritakan peristiwa 21 Mac 2013. Takkan aku lupakan sampai bila-bila. Hari yang menentukan students SMK TTJ mengetahui keputusan SPM mereka masing-masing. Okey! Beginilah ceritanya....

Sampai sahaja kat perkarangan sekolah dalam pukul 10 lebih gitu, kita orang tak boleh masuk sekolah. Kenalah tunggu kat luar sekolah kerana khabarnya gate buka pukul 12. Phewww. Bahang, panas dan sebagainya tidaklah aku rasa. Kencangan jantung mengatasi segalanya. Ceh Wah! Poyo! Tik tok tik tok masa berjalan. Akhirnya semua berpusu-pusu masuk ke sekolah. "Selamat Datang ke SMK Taman Tuanku Ja'afar". Cikgu yang jadi pengacara tu mengalu-alukan kedatangan kami. 

Ya Allah, nervous tu mcm terasa nak pengsan je. Bunyi degupan jantung tu beribu batu jauh orang lain boleh dengar. Hihi. Impossible! Lepas tu nampak Puan Jarayah Jais merangkap guru kelas aku masa Form 5 dulu. Terus peluk dia. Rindu. "Bagi pelajar yang namanya disebut, sila hubungi ibu bapa anda segera. Hajar Haziqah Bt Abdul Halil". Tersentap. Nama aku first sekali pulak tu. Fuhhh, lega sikit. At least results tak teruk. 

Akhirnya, penantian yang mendebarkan telah tiba. Mula-mula dia panggil pelajar yang dapat 5A dulu. Dalam hati, "Tolonglah Ya Allah. Tak nak 5A. Tak nak, tak nak, tak nak....." Pelajar yang dapat 6A. "Hajar Haziqah Bt Abdul Halil". Ya Allah, malunya nak naik pentas. Jalan dengan mak ayah. Naik je pantas, pengetua kata "Eh, Si Kecik ni. Tahniah". Duduk tengah-tengah antara pengetua dan ayah. Klik, klik, klik. Bunyi kamera. Menyesalnya tak pakai kasut tinggi. Kihkihkih. Cikgu semua ucapkan tahniah. Thank you Cikgu. I love you! Ummi pulak. "Ya Allah kak. Kenapa kau tak dapat 7A. Tu lah dah suruh doa bukakan pintu hati pemeriksa". Eh? Ummi ni. Bukannya nak bersyukur. Membebel pulak. Maklumlah anak sulung. So mestilah dia expect lebihkan. Ummi, mintak maaf. Akak dah berusaha dah....


 Alhamdulillah. Aku bersyukur Ya Allah.



 Gelap! Ish tak suka, tak suka. Silalah zoom kan kalau nak tengok results yang sebenar. Hihi.
 Peace. Peace.

Akhirnya, kami semua pulang ke rumah. Aku straight pergi KFC. Makan, lapar. Baru terasa sangat lapar masa tu. Masa nervous tu sangatlah kenyang rasanya. Hihi. Bagi kawan-kawan aku yang tak berapa berjaya, janganlah sedih-sedih. SPM bukan penamatnya. Perbanyakkanlah doa kepada Allah. Mintalah supaya rezeki tak pernah putus dengan kita. Allah dengar doa kamu, sayang. Jangan pernah putus asa okay! Aku doakan supaya pembaca semua hidup berjaya di dunia dan akhirat. Ameen....

Bye. Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

I'm Homie

Myself (Part 2)

My Life as Babysitter