Freshie High School (UUM)

Assalammualaikum.

Hai hai! Huwaaaaa... Berhabuk lagi blog mak cik ni lagi! Masa kat rumah ni lah ada masa nak menaip, nak berfikir karang ayat apa. Kat U kita fikir assignment, quiz, exam (ulang 3 kali, hahaha). Baiklah, malam ni nak cerita pasal tempat kedua selepas rumah. Kehidupan universiti awak semua.... Bila cerita pasal student life, mesti ada problem. And student macam aku ni, bila rasa stress belajar, terus jerit "aku nak kawin!" Dia tak tahu hidup lepas nikah lagi beronak duri. Hehehe. 

So, cerita dia macam ni. For the first time melangkah ke alam universiti. Auntie, kakak dan abang saudara semua excited semacam nak hantar aku ke UUM. Yelah, orang cakap UUM ni universiti paling terbesar di Malaysia. Tak cerita lagi rasa evergreen je duduk dalam tu. 1st week tu macam biasalah. Tak pernah lari minggu orientasi ni. Masam mencuka muka masing-masing kalah asam jeruk bila waktu pagi tu. Nak kena berebut bilik air satu masalah. Masuk U mesti banyak aktiviti join kan? Nak kejar markah sira lah kan. Kalau tak nanti kena apung pulak pindah Dewan Penginapan Pelajar (DPP) lain. Hehe.


Last day minggu orientasi. Roommate untuk 1st sem, sem depan Mia dah pindah DPP. Hmm, sedih okay.



Jadi, 1st program yang aku join Kelab Kembara! Kembara Membara lah sangat. Membara-bara kena torture dengan senior. Hahaha. Okay, kat bawah ni antaranya aku join program Kelab Kembara.


Last day, KIC. Seronok memang seronok. Flying fox, kayak, Perang Gerila, wall climbing semua dah rasa. Best!


Senior dok paksa naik wall climbing ni. Dahlah naik-naik Level 2 terus. Kaki banyak sakit. Tapi, finally dapat naik sampai atas!


Kawan masa senang susah. Muka tak mandi, muka penat, muka nak balik khemah cepat. Hehehe.


Lepas habis KIC. Muka-muka selalu buat bising dalam Hutan Sintok. Haihhh Hajar. Muka kau macam bebudak.




Aku tak tahu Si Pijol senior ni suka sangat nak ambik gambar dengan aku. Saja nak compare dia tinggi sangat!


Tak lama lagi bolehlah ambik part-time cuci bangunan ke. Hahaha.


Ayy masa ni nervous gila nak turun! Takda dinding nak tahan kaki. Abang YB kat bawah tu pun dah get ready semacam. Hehehe.

Baru cerita pasal Kelab Kembara. Banyak lagi sebenarnya. Tak terdaya nak tunjuk satu-satu. Okay, aktiviti seterusnya... Macam nak main aktiviti sukan pulak. Hihi. 


Mai Kedah, tak jalan-jalan memang rugi. Dahlah pertama kali jejak kaki nun utara.

Nama pun jalan-jalan. Kalau keluar tak tengok wayang memang tak sah.




Saja nak tunjuk Mia cantik orangnya. Hahaha. Program Hari Kemerdekaan ni best sebab dapat baju free. Hihi.


Nampak tak sanggup jugak nak pi Pusat Sukan walaupun awan dah gelap tanda nak hujan.


And last basah kuyup jugaklah bawak basikal hujan lebat masa tu. Hai rusa-rusa.




One day, aku naik kuda kat belakang tu. Masa tu kaki kita macam Barbie Doll dah panjang sikit. Kahkah!


Budak ribena excited main lompat-lompat.


Jambatan nak menuju ke Library, HEP, Canselori, Dewan Kuliah dan banyak lagi. Heee, takda motif lah gambar ni.

Dan sampai sini jelah mampu aku cerita kat depa. Penat tangan ceq menaip. Banyak lagi cerita pasal UUM. Next time habaq lagi naaa. Best, best duduk dalam ni.  Kuda ada. Rusa ada. Paling penting senang je nak kawan dengan monyet. Pagi-pagi dia dah ada depan pintu. Hahaha! 

Maju Jaya semua.


Assalammualaikum.



Comments

Popular posts from this blog

I'm Homie

Myself (Part 2)

My Life as Babysitter