I'm Homie

Assalammualaikum.

Yezzaaa tak berhabuk sangatlah blog Si Hajar ni. Baru kena tinggal lima bulan. Banyaklah sangat-sangat nak cerita daripada Kedah ke Indonesia. Indonesia ke Pulau Pinang. So, kena bahagikan kepada berapa part ya? Hewhewhew. 

Finally, I'm home! Dalam lima bulan jugalah tak balik rumah. Rindu tu tak payah cakaplah memang rindulah tersangat. Sampai satu masa tu roommate di buai mimpi, aku sesorang menangis sebab first, rindu. Second, penat sangat menghadap assignment group. Third, dah duduk give up semacam je dengan aktiviti dalam UUM tu.

Last paper masa tu subjek Mandarin Language, exam mula pukul 2.30 pm, tamat pukul 5 pm dan aku habiskan dalam 3.50 pm dah ciao keluar hall. Sebab senang ke excited nak balik? Hekhekhek. Moga dapat 4.00 subjek Mandarin ni. Aamiin...


Okay mak cik muka bahagia nak balik rumah! Dahlah kena balik sesorang jalan kaki sebab yang lain balik lagi awal. Paper Mandarin senang kan. Hehehe.

Yayyy dah sampai Terminal Seremban! Muka-muka tidur nyenyak dalam bas. Kahkahkah!




Sampai rumah hari Jumaat, hari Sabtu dah ke Utara balik. Teman mak angkat hantar anak dia sambung belajar kat Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tahniah ya Zahin! Belajar rajin-rajin tau. 


 Bawak budak ni pergi Kedah. Katanya nak jalan-jalan jugak. 


Balik je daripada Kedah, next week tu kita orang balik kampung! Terus sergah atok kat dapur tengah masak untuk berbuka. Masa salam tu atok terus cium muka aku banyak-banyak kali. Rasa sebak pulak atok buat cenggitu kat kita. Nampak tak rindu dia kat cucu kesayangan ni. Ecehhh. Kakak rindu atok jugak!


Yolah, den asalnya dari Muo.

Lagi 10 minit nak berbuka tiba-tiba malang tak berbau pulak. Adik saudara aku accident. Kepala terhantuk kat tembok depan luar rumah tu. Dah kena berkejar pulak bawak baby Izz pergi hospital. Hajat di hati nak berbuka dengan atok tak kesampaian hmm sedih. 

Dah balik sana mestilah nak pergi uptown kat sana. Hehehe. Yang peliknya, anak-anak, mak-mak dara je yang keluar. Ayah-ayah tinggal rumah jaga anak kecik. Yelah, dah ajak tapi tak mau. Kami perempuan dengan shopping mana boleh berenggang. *istighfar*

  Ni lah Pekan Muar kalau anak-anak nak tahu.


Pergi moreh kejap. Masa ni pukul 1.30 am kot. Apalah punya perangai. Hahaha.


 
 Ni haaa baby Izz yang nakal kemain lagi. Geram Kak Ziqah tengok dia sorang ni!



Hari esok pulak, kita semua iftar kat rumah mak ngah. Semua adik-beradik ayah datang kecuali keluarga Pak Long. Agaklah meriah, lepas tu perbandingan antara tinggi bermula. Errr, macam-macam karenah! Al-maklum lah Kak Ziqah ni paling comel loteh. Lama sangat tak jumpa, jadilah banyak cerita dengan cousins tersayang ni malam tu. Rindunya semua alahai.



Antara makanan yang selamat masuk di dalam perut bulan puasa ni. Rasa special sikit sebab apa je yang aku mengidam ayah umi tunaikan. Hehehe. Muah sikit ayah, umi. Sayang awak berdua!






Susu paling lejen! Ingat masa sekolah dulu siap dapat kertas nak berapa lepas tu balik rumah merengek minta umi kehkehkeh.

Jadi cuti sem dua bulan mereputlah aku kat rumah. Nak kerja ayah tak bagi pulak. Katanya kakak cuti sekejap je. Bila lagi nak luangkan masa dengan umi ayah. Baiklah ayah. Pesanmu akan aku turuti... *buat muka bosan* 

Tak tahu lah apa yang Cik Hajar ni merepek. Siapa yang balik cuti sem ni, manfaatkan lah ya masa anda dengan family tercinta. Jangan balik-balik terus keluar lepak dengan kengkawan. Heh! Pesan untuk diri sendiri jugak. Okay! Thanks for reading this entry!







Comments

Popular posts from this blog

Myself (Part 2)

My Life as Babysitter